Thursday, November 18, 2010

beraya di perantauan =D



Assalamualaikum wbt,

First of all, selamat hari raya aidiladha aku ucapkan untuk semua umat Islam di seluruh dunia especially rakyat malaysia, di mana juga anda berada..haha..cam masuk tv plak speech aku ni..ni first time beraya jauh dari keluarga, baru tahu macam mana rasanya. tak sangka study kat UTP pon dapat merasa beraya jauh dari family..hoho..tapi bagus gak, baru dapat tgk macam mana kawan2 foreigner kita yang selalu kena raya kat sini sebab x dapat balik negara dorang..at least kali ni kami memeriahkan lagi suasana raya mereka..

pagi ni cam biasa la ada solat raya n khutbah raya..walaupun kami smpai agak lewat tapi yang penting dapat rasa suasana tu..hari ni tiada aktiviti korban kat UTP, kami buat hari esok lepas subuh..tapi still xd lemang ketupat..tu je lah yang membuatkan raya kat sini kurang lengkap..selain jauh ngan mak ayah..tapi alhamdulillah family aku datang hari ni..^__^..so dapatla kami serumah merasa nasi impit,lemang dan rendang dari rumah..tsk3..rasa sedih pun ade sebab orang lain makan kat rumah..tapi seronok jugak sebab dapat makan dengan kawan..perasaan bercampur baur..susah nak explain..cehs..

ok sempena hari raya aidiladha ni, apa kata aku share skit apa yang aku tau tentang sambutan yang diraikan seluruh umat Islam ni..kenapa hari ni dirayakan?tujuan sebenarnya adalah untuk menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim apabila mendapat perintah dari Allah S.W.T untuk mengorbankan anak yang sangat disayangi Baginda. apa pengajaran yang patut kita ambil ialah betapa yakinnya Baginda terhadap ketentuan dan perintah Allah. dan sesungguhnya keyakinan tu berlandaskan iman dan taqwa. nama lain raya ni juga ialah hari raya haji sebab umat Islam dari seluruh dunia juga pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji disana. dari segi ibadah haji pula, ia merupakan  simbolik dalam bentuk penonjolan diri,demonstrasi atau pengisytiharan yang menegakkan tauhid dengan keyakinan dan ketaqwaan.(sumber: al-azim,Info Haji) .ok,tu je la kot yang aku bole share.x berapa arif gak tntang bnde ni..tapi apa2 pun semoga kita mencontohi kecintaan Nabi Ibrahim terhadap Allah S.W.T. ni merupakan antara doa Nabi Ibrahim (sumber: surah Al-Baqarah ayat 126-128):

Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian.-126
Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.-127
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua (Ibrahim dan Ismail) orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.-128 

Maha suci Allah, setiap ibadah yang Allah tetapkan tu ada manfaatnya..bukan manfaat utk perkara lain melainkan untuk hamba-hambaNya juga.

Wassalam~

Tuesday, November 16, 2010

kawan2 minda positif!

Assalamualaikum wbt,

Masih saya terasa betapa terujanya bertemu dengan rakan2 minda positif! Terima kasih kawan2 yang sudi bertegur sapa memberi semangat. Anda semua telah menolak saya dari satu sempadan ke kawasan yang mempunyai sinar. Siapa saya dahulu x penting, yang penting saya yang sekarang kerana saya sekarang menentukan siapa saya esok dan masa hadapan. Kawan2 yang hebat menjadi penggerak dan pembakar semangat hari ini. Tanpa dorongan kalian, saya masih bingung..(yekeyekeyeke?) terima kasih kepada semua kerana mempercayai diri ini. InshaAllah, segala kebaikan datang dari Allah. Saya akan cuba buat yang terbaik. Terima kasih! Hidup minda positif!

Selamat menunaikan ibadah haji kepada umat islam yang berada di Mekah..dan selamat menunaikan ibadah qurban kepada yang berqurban. First paper untuk final akan bermula sekejap lagi. Semoga kali ni juga kejayaan menjadi milik kita. Amin.

Wassalam

Tuesday, August 31, 2010

EHEM2..**


Tag : ♥ siapakah pasangan ak?? ♥

Siapakah diri anda di rumah?
di rumah aku seorang yang disayangi oleh semua..haha..perasan giler..mak ak sayang aku..ayah aku sayang aku..n sebab aku adik bongsu kakak n abang2 aku memang sayang lebihlah kat aku..haha..sory ayat terlebih perasan sekali lagi..pernah sekali yang aku ingat budak bongsu ni touching sebab something pastu kakak yang cun n abang2 yang macho ni datang la pujuk..lagi la budak kecik ni naik kepale kan..hahaha..tapi teharu giler lah time tuh..SAYANG korang!!hehe..kat rumah juga aku seorang pembantu tukang masak..maafla yer saya bukan ketua tukang masak dan sangat2 jarang mendapat peluang itu memandangkan kakak saya yang cun itu sangatlah suka memasak..jadi saya membantu mengurangkan beban sahajalah..tengok2 pon kira membantu gak kan..






Siapakah diri anda di samping rakan?
disamping rakan2 saya seorang yang memahami..lagi ayat perasan dari aku..maaflah2x..saya sedia mendengar jika anda ada sebarang masalah yang sudi dikongsi..lazimnya teman2 rapat akan bercerita masa makan jadi aku ambil masa tu untuk makan..jadi aku habis makan dulu dari mereka..bukan sebab aku makan sikit atau makan laju ..tapi sebab mereka lebih suka bercakap dari suka makan..ahahah..yeke kawan2?=P saya setia bersama bak kata lagu kru n sheila majid tu..memandangkan kawan rapat aku disini adalah sakinah, ashikin dan norhanis..silalah pm mereka untuk ulasan lebih lanjut..mekasih..

5 perkara anda idamkan tapi belum tercapai:
  • travel around the world, travel with knowledge
  • rumah yang aku design sendiri
  • jumpa encik uzumaki naruto dan nara shikamaru!
  • berenang di lautan..scuba diving pon ok gak..huhuuu
  • umrah n haji juga belum tercapai lagi..

Siapakah nama pasangan anda?
encik ehem ehem ehem ehem ehem ehem..(bukan nama sebenar)

Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.

  1. suka batuk berdehem2
  2. batuk gaya lain xd kot..hanya ehem2..
  3. kuat berdehem2..n berehem2..
  4. pandai memvariasikan gaya batuk berehem2nya
  5. baik hati secara berdehem2...

Bilakah tarikh annivesary anda?
bulan febrehem (tiru shikin tapi tambah ehem)


Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda.
overdehem boleh memberi impak yang pahit


Lagu tema cinta anda
lagu ehem


Apa perubahan yang ingin anda lihat pada pasangan anda.
kurangkan bilangan dehem..kekalkan dehem yang berkualiti sahaja..

TAG?
ada orang nama ehem x?sila la buat ye..saya nak tag arina, kak izz, hafiz musleh, amirul hafiz, syafiq afandi, hazie dan siti khadijah..hehe..selamat menjawab ye..


pesanan penaja (dari nurul ashikin): buat je hwork nie~ if takde psgan lg, buat je ler~~ hik3 ^_^v

Monday, August 30, 2010

Ya 'Afuww Ya Tawwab

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya minggu ni memang banyak kerja yang perlu disiapkan. Tapi disebabkan dah lama tak menjenguk ke blog, aku singgah sekejap. Dan tiba2 ada komen dari kawan baik aku, terus rasa nak update lah sikit. Izinkan aku berkongsi tentang kehebatan istighfar..bagi aku, istighfar adalah satu ubat hati yang paling mujarab..ayatnya pendek dan ringkas, bila diulang berkali2 tanpa sedar hati kita semakin tenteram. Istighfar bukan sahaja mampu mengubat jiwa yang 'demam' malah mampu mengisi jiwa2 yang kosong ibarat daratan kering yang dilimpahi air hujan dari langit. Namun bilakah lazimnya manusia beristighfar?sebelum dan selepas solat atau sebelum belajar atau ketika menahan marah, ketika mahu bersabar, setelah melakukan kesalahan, mengawal kesedihan dan ataukah setiap detik dalam hidupnya?

Ada seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Basri “Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya? Bukankah dia melakukan perbuatan dosa lalu memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa tersebut lalu memohon keampunan dan seterusnya? 
"Hasan al-Basri menjawab "Syaitan sentiasa dan sangat berharap dia berjaya menggodai kamu. Oleh itu jangan kamu meninggalkan istighfar untuk selama2nya” 
sumber: IBNU JAMIL http://bahisulhaq.blogspot.com

Seperti yang disangkakan istighfar ni boleh dijadikan teman dan kawan yang paling setia dan mujarab ketika kita dalam kesusahan. Syaitan akan sentiasa menggoda, dengan istighfar inshaAllah kita akan sentiasa beringat tentang asal kita dan terselamat dari godaan musuh yang nyata itu. Dengan beristighfar, hati yang bergelora perlahan2 akan mencapai ketenangan. Hati yang bergetar kesedihan akan dipujuk oleh Yang Maha Lembut dengan meminta kemaafan kepadaNya atas hati yang lemah. Semoga kita sentiasa dapat membasahkan lidah kita dengan zikir dan istighfar. Salam Ramadhan.

Wassalam~ 

Saturday, August 14, 2010

terapi perut

Bismillahirrahmanirrahim~


promenganate yogurt ice cream..gulp..


gulp..gulp..


sejuknya


wanginya


sedapnya


manisnya


freshnya


cantiknya


comelnya


nawaitu soumaghadin an'ada'e fardhi ramadhana hazihissanati lillahi taala
selamat berpuasa semua
sekian..wassalam~

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kareem**

Assalamualaikum wbt,

Tag dari nurul ashikin,hehe..sori ye ckin..lmbat skit..

23 things about me..facts or myths:

1.saya seorang melayu-jawa yang x pandai ngomong jhowo
2.saya suka main basikal masa kecik2..pernah jatuh basikal..dan suka kayuh laju2 g sekolah..sbb dah lmbat
3.saya suka bermain dgn abg saya..tapi dye x suke bermain dgn saya..
4.sangat sayangkan mama n papa saya..tanpa mereka siapalah saya..
5.mahu pergi ke Tanah Suci bersama mereka..
6.bermain clarinet di sekolah menengah bersama syuhada hamdan aka ed..lagu feveret..Negaraku~
7.baru2 ini saya kerap bermimpi tentang SEMESTA dan Uniteenz0206..rinduuuuu sgt kot..
8.saya rasa sudah smpai masa utk saya membuat pelbagai keputusan besau dalam hidup..menakutkan!
9.seronok berpuasa
10.seronok menjual kaspersky sambil menolong rakan2..
11.seronok membaca dikala bosan..baca la ape2 pon asalkan baca..
12.seronok berjalan2 di utp..rasa kaki ni berguna dan berjasa..haha
13.seronok berjimat cermat sem ni..ikut kata senior..
14.rindu saudara2 trening ESQ..geng2 ATS..
15.berharap dapat tempat intern yang bagos..pray 4 me..
16.suka pergi ke pasar malam utk melihat baby2 y didukung/ditolak/dipegang oleh mak ayah mereka..mereka mmg inesen dan comel
17.suka makan mister potato yang kak long beli..
18.rasa nak pegi manch tgk izyan..jalan2..(tp skang dye kt msia..no point aku g sane...)
19.kebosanan bile rumet balik..pasang anime naruto supaya bising skit
20.x suka duduk sorang2 dalam masa yang lama..
21.mahu belajar berenang..kuak lentang dan kupu2..
22.suka hari hujan..tapi xnk kilat petir..
23.suka tgk awan..dan pokok=]

thats all..thank you
hehe..cam speach pulek.

selamat berpuasa dan minta maaf salah silap..
smg ramadhan kali ni memberi ketenangan, keampunan dan rahmat dari-Nya..
ameen=]

Wassalam~

Sunday, August 8, 2010

teater lebih sihat dari yang lain..

Assalamualaikum wbt,

Atas desakan dan sokongan yang padu dari seorang makhluk yang ingin dikejutkan (terkejut x?), update juga blog aku ni. Hampir terlupa aku ade blog bole x?heheh. Malam tadi aku dan kawan2 pergi ke MPH untuk menyaksikan teater terhebat di bumi UTP, 'Bedah'. Walaupun yang sebenarnya nak tengok monolog solo Doc Shak je, tapi tak kan bayar rm5 untuk tgk satu persembahan je sedangkan ade banyak lagi persembahan TTS mlm tu. Overall aku bole cakap, TTS memang best! Mula dengan mime yang bakal terbaek di dunia inshaAllah..hehe..buat masa ni yang terbaek di Malaysia dulu la kot sebab aku pon bukannya tgk sgt mime ni kan, tapi bakat korang memang boleh pergi jauh. Syabas2! Semua mime malam tadi memang menghiburkan. Tajuk2 mime tu ialah Sarkas, Hand, Baseball, Mencari Cinta, Bowling, The Spa, Director, Racing, dan Gelas Air. Bagi aku, semuanya best tapi yang paling lawak Mencari Cinta dan Director. Mencari Cinta ni sumpah lawak gile, lakonan Ashraf. Kene pulak dengan lagu Kristal, SMS mime beliau memang hiduplah. Director plak, lakonan Half. Yang ni pon x kurang hebatnya. Bole pulak panggil audience naik stage. Menggelabah sume orang dibuatnye.

Next ialah short teater dari tiga dara, bertajuk Ketupat Oh Ketupat.huhu..pandai sungguh korang berlakon..mmg menjadi la watak isteri2 dan janda yang membuat 'ketupat' tu..huhu..lakonan yang sangat menghiburkan dan jangan risau..mesej anda sampai..dah nak dekat puasa dan raya ni..x payahla kita nak buat 'ketupat' banyak2 kn..orang pon makan lemang jugak..bkn ketupat je..hehe..Seterusnya persembahan yang dinanti2kan..monolog Dr Shak! tajuknya 'Pondok Tok Ayah'.. yang ni aku xnak cite banyak2..korang kene tgk sendiri mlm ni kat MPH..cam biasa lakonan Doc Shak yang berjiwa seni ni memang mantap! Tatapan mata dia..pergh..menakutkan..rasa macam beliau nak tanya soalan wastewater plak kat situ..huhu..moral of the story monolog beliau ni banyak..korang kene tgk sendiri la and pikir sendiri nanti..haha..And lastly teater utama malam tersebut, "Bedah'. Bedah ni name orang tau..bukannya pembedahan k. teater ni pon aku xnk komen byk2..x bes la kalo korang dah tw cite kan..kalo nak tau gi la tgk mlm ni kat mph..tiket rm5 je..berbaloi2..rm5 untuk 2jam30minit kot..

Haa..lagi satu bila pergi tgk teater ni..aku rasa macam tok n moyang aku dulu2 yang pergi tengok hiburan kat luar..
"dulu2 mana ada tv radio atau internet..jadi hiburannya adalah wayang bergerak" tok aku cakap..
sebulan sekali ada la orang datang buat wayang..time tu la orang kampung nak berhibur..hiburan mcm ni lagi sihat..selain kita tengok sendiri lakonan live depan mata..mata kita sendiri lebih terjaga dari tgk cite2 omputih tu kan..haa..jgn buat2 x paham plak ye..
kat sini aku sedar yang dunia sekarang ni terlalu menyempitkan dan menyesakkan malah merosakkan manusia..
bumi yang menuju ke penghujungnya..
dan manusia masih leka bersamanya..
(tapi duniakah yang salah?)
tambatlah aku.. (dan hatiku menuju syurgaMu)
(quote from sajak 'Ikat Aku Di Sini' mlm tadi..aku ubah ayat tapi dalam maksud yang sama)

wassalam~

Saturday, May 8, 2010

peristiwa semalam..renungan ke hari ini

183. Serahkan urusan anda kepada Qada' dan Qadar..

Assalamualaikum wbt,

"Ajal telah ditentukan oleh Allah dan segala sesuatu terjadi menurut qadha' dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi. Rezeki semua makhluk telah dijamin oleh Allah, tidak ada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya, dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki. Masa lalu berikutan kecemasan dan kesedihannya telah pergi dan telah selesai, sehingga tidak akan berulang kembali, meskipun semua orang berusaha untuk mengembalikannya. Masa depan masih ada di alam ghaib, tidak boleh dihadirkan sekarang, dan tidak pernah meminta izin kepada anda atas ketidakhadirannya. Oleh kerana itu anda tidak perlu mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik kepada sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa berkah, mendapat pahala, dan menimbulkan ketenangan. Termasuk akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan, kerana seorang mu'min memang tidak mungkin lepas dari cacian dan makian. Bahkan Allah, Tuhan semesta Alam, Dzat Yang Maha Sempurna Maha Mulia, dan Maha Indah, serta Maha Suci NamaNya sekalipun, juga mendapat cacian dan makian." - Dr Hassan Syamsi Basya

renungan 1 :
Buat apa anda meghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana intimidasi?
Serahkan saja semua itu sepenuhnya
kepada Tuhan Yang Maha Mulia
kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka.

Sumber : La Tahzan (2)

renungan 2 :
Bukan bermaksud 'serahkan urusan anda kepada qadha dan qadar' adalah menunggu sesuatu datang dan berlalu sehari hari dan mengatakan itu adalah qadha' dan qadarku..tetapi menyerahkan segala urusan yang dilakukan dengan usaha kita untuk mencapai sesuatu dan redha atas apa yang berlaku kerana setiap yang berlaku adalah atas kehendak Allah, kerana Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.

renungan 3 :
kehidupan di dunia umpama roda..sesaat di atas sesaat di bawah..roda akan sentiasa berpusing.. emas boleh bertukar menjadi pasir sekelip mata..

renungan 4 :
kepada alumni ESQUTP..jemput datang ke v2 meeting room 9 malam ni..ada Renungan Sempena Hari Ibu..jemput datang ye..^^

wassalam~

Saturday, May 1, 2010

if it is to be..it is...

Assalamualaikum wbt,

Tag dari arina..bakal doktor yang ayatnya berbunga2..hehehe.. x jd doktor pon xp arina..kalau awk buat novel konfem saya beli punye..=P



"Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real .. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question."




What is your name: iryani

A four letter word: i'tai

A boy's name: irfan

A girl's name: iman

An occupation: interior designer

A color: indigo

Something you'll wear: inter milan's jersey..hak2



A type of food: ice cream

Things found in the bathroom: impulse shower foam

A place: istanbul

A reason for being late: ikan goreng hangus..jd kene goreng 2 kali td..

Something you'd shout: inshaAllah! (kdg2 kire shout gk la kn..hehe)

A movie title: indiana jones

Something you drink: ice lemon tea..seoson's punye

A musical group: inteam

An animal: iguana

A type of car: iswara

A type of fruit: intoxicant fruit..=P


susah jugak rupenye tag ni..huhu..ingat 5 minit bole siap..rupenye termenung depan laptop pikir perkataan ape nak letak..nak tahu susah ke x?cube lah dulu..

I then officially x tag sape2...sb agak susah la..sape nak try dipersilekan..
tks again to arina..sy tunggu smbngn cerita mariam awk..=]

pst - ak sendiri rs pelik ad unsur2 bola kt blog ak..
psst - rindu kat abg aku skrg ni..oh Tuhan lindungilah beliau setiap waktu (knfem meleleh kalo dye bace ni..=P)
pssst - nasib baik ada tag..kalo xd tag x update kot blog ak..hehe..
psssst - esok ad test..doakn ye..tengs..n gud luck gk kpd kwn2..

wassalam~

Wednesday, April 28, 2010

purple wolf..**

Assalamualaikum wbt..

ni adalah tag rela paksa y diambil dari sakinah shakur..

basically ni konon2 personaliti org tu ikut tarikh lahir dye..so saya telah disamakan dengan purple wolf..haha..takut2..wolfkah saya?


dan ciri2 wolf tersebut adalah seperti berikut..


You are Purple Wolf, who is simple, cheerful and friendly type.
-simple utk bende2 y simple..bende y complicated ak jd complicated gk..tp mmg ak lg suke bende y simple dari complicated..cheerful?ikut keadaan..friendly kalau org tu friendly gk..hehe

You don't change your attitude according to other person, and can state your own points of view straightly.
-dont change ur attitude?x kot..berubah2 gk ikut keadaan..

You don't flirt or be too dependent, you are a serious person.
-sakinah kate sy x serious..tp kalau ad org len kate sy serious..sy x marah pon..(saye..?hehe)

You tend to lack sensitivity, and although you say things straightforwardly, you don't mean any harm.
-yess

But others may misunderstand you and think you as cold hearted person.
-bese la tu..persepsi org lain2 kn..so its up to u..

You don't try to exaggerate your attitude and expressions.
-aah..tgh blaja nk exaggerate..haha..

You will not be influenced by your surroundings, and therefore are confident about your own thinking.
-selalu confident tp bila nk buat x seconfident y dijangka

This may make you seem as stubborn.
-~~

You hold your own philosophy about your life, and will steadily move on one step at a time towards your objective.
-inshaAllah..amin..

You are very responsible and precise person.
-precise??wahaha

In personal relationships, you tend to be kind and soft-hearted; you can get on with people without thinking about personal interests.
-pandainye..

You possess strict economical view and are reliable person.
-sy x kedek..inshaAllah

When you get to your middle ages, you may experience instability for a long time.
-yeke?huhu..xcaye pon..tp mintak jauh n kalau ad pon..of course ad hikmah..

You are cool about your love life too.
-cool ke cold?=P

You don't like bargaining, and will approach with sincere heart.
-bargain kalo ad geng..sorg2 x bes la..

You grow love slowly, but sometimes you can get in a sudden burst of passion.
-hak hak hak

After marriage, you will take care of your family well, and be a good wife.
-inshaAllah

sekian wassalam~

Tuesday, April 20, 2010

tidak bersempena apa2 perayaan..

Assalamualaikum wbt,

Baru2 ni aku diketuk oleh suatu peristiwa yang mengingatkan aku kembali kepada masa silam aku..mengingatkan aku kepada zaman sekolah rendah aku yang cukup membahagiakan..bile teringat je tentang zaman masa kecik..aku akan terkenang diri aku yang kecil innocent bersih suci..=P baru sekarang aku sedar kenapa orang kata budak kecik tu innocent. atau bile ad orang dewasa cakap..'ko kecik lagi..ko x tau' atau 'suci macam baby' 'xd dosa macam baby baru lahir'..korang pon tw kan kenapa..semakin lama kita hidup di dunia ni semakin banyak masa kita berlalu..dan alangkah baiknya kalau setiap saat tu kita dapat putar balik dan guna dengan sebaiknya..semakin lama kita hidup ni jugak menunjukkan semakin byk pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan seharian..pengalaman x semua manis, ada yang pahit dan mnyakitkan, ada yang kita x boleh lupa dan ada yang kita x nak ingat..dan adanya pengalaman tu tentunya bukan dari kita seorang..pengalaman2 ni selalunya berkaitan dengan orang lain..

terima kasih kepada semua yang terlibat dlm hidup aku..dari kecik sampai aku besar..semua yang pernah hadir dlam hidup aku mmg anugerah yang ditakdirkan Tuhan untuk aku..aku sgt2 menghargainya..=]

sempena minggu pantun ahli PSSGMUTP..aku selitkan 2 rangkap pantun untuk semua..

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

dipetik dari Pantun Melayu Sastera Rakyat..

Wassalam~

Tuesday, April 6, 2010

saigo no

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku sign up account blogger ini..dalam byk2 masa lapang xtw la kenapa aku pilih masa ni utk start berblog..----ok x biase lagi menulis sorang2 camni..jd aku termenung lama je depan laptop..

ape2pon aku harap blog ni dapat beri manfaat kpd org yang menulis membaca dan orang yang tidak membaca atau menulisnya tetapi orang yang disekitar orang2 tersebut juga dapat faedahnya..x faham?bagus..

dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..aku merasmikan kewujudan blog aku buat pertama kalinya..=]