Tuesday, August 31, 2010

EHEM2..**


Tag : ♥ siapakah pasangan ak?? ♥

Siapakah diri anda di rumah?
di rumah aku seorang yang disayangi oleh semua..haha..perasan giler..mak ak sayang aku..ayah aku sayang aku..n sebab aku adik bongsu kakak n abang2 aku memang sayang lebihlah kat aku..haha..sory ayat terlebih perasan sekali lagi..pernah sekali yang aku ingat budak bongsu ni touching sebab something pastu kakak yang cun n abang2 yang macho ni datang la pujuk..lagi la budak kecik ni naik kepale kan..hahaha..tapi teharu giler lah time tuh..SAYANG korang!!hehe..kat rumah juga aku seorang pembantu tukang masak..maafla yer saya bukan ketua tukang masak dan sangat2 jarang mendapat peluang itu memandangkan kakak saya yang cun itu sangatlah suka memasak..jadi saya membantu mengurangkan beban sahajalah..tengok2 pon kira membantu gak kan..






Siapakah diri anda di samping rakan?
disamping rakan2 saya seorang yang memahami..lagi ayat perasan dari aku..maaflah2x..saya sedia mendengar jika anda ada sebarang masalah yang sudi dikongsi..lazimnya teman2 rapat akan bercerita masa makan jadi aku ambil masa tu untuk makan..jadi aku habis makan dulu dari mereka..bukan sebab aku makan sikit atau makan laju ..tapi sebab mereka lebih suka bercakap dari suka makan..ahahah..yeke kawan2?=P saya setia bersama bak kata lagu kru n sheila majid tu..memandangkan kawan rapat aku disini adalah sakinah, ashikin dan norhanis..silalah pm mereka untuk ulasan lebih lanjut..mekasih..

5 perkara anda idamkan tapi belum tercapai:
  • travel around the world, travel with knowledge
  • rumah yang aku design sendiri
  • jumpa encik uzumaki naruto dan nara shikamaru!
  • berenang di lautan..scuba diving pon ok gak..huhuuu
  • umrah n haji juga belum tercapai lagi..

Siapakah nama pasangan anda?
encik ehem ehem ehem ehem ehem ehem..(bukan nama sebenar)

Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.

  1. suka batuk berdehem2
  2. batuk gaya lain xd kot..hanya ehem2..
  3. kuat berdehem2..n berehem2..
  4. pandai memvariasikan gaya batuk berehem2nya
  5. baik hati secara berdehem2...

Bilakah tarikh annivesary anda?
bulan febrehem (tiru shikin tapi tambah ehem)


Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda.
overdehem boleh memberi impak yang pahit


Lagu tema cinta anda
lagu ehem


Apa perubahan yang ingin anda lihat pada pasangan anda.
kurangkan bilangan dehem..kekalkan dehem yang berkualiti sahaja..

TAG?
ada orang nama ehem x?sila la buat ye..saya nak tag arina, kak izz, hafiz musleh, amirul hafiz, syafiq afandi, hazie dan siti khadijah..hehe..selamat menjawab ye..


pesanan penaja (dari nurul ashikin): buat je hwork nie~ if takde psgan lg, buat je ler~~ hik3 ^_^v

Monday, August 30, 2010

Ya 'Afuww Ya Tawwab

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya minggu ni memang banyak kerja yang perlu disiapkan. Tapi disebabkan dah lama tak menjenguk ke blog, aku singgah sekejap. Dan tiba2 ada komen dari kawan baik aku, terus rasa nak update lah sikit. Izinkan aku berkongsi tentang kehebatan istighfar..bagi aku, istighfar adalah satu ubat hati yang paling mujarab..ayatnya pendek dan ringkas, bila diulang berkali2 tanpa sedar hati kita semakin tenteram. Istighfar bukan sahaja mampu mengubat jiwa yang 'demam' malah mampu mengisi jiwa2 yang kosong ibarat daratan kering yang dilimpahi air hujan dari langit. Namun bilakah lazimnya manusia beristighfar?sebelum dan selepas solat atau sebelum belajar atau ketika menahan marah, ketika mahu bersabar, setelah melakukan kesalahan, mengawal kesedihan dan ataukah setiap detik dalam hidupnya?

Ada seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Basri “Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya? Bukankah dia melakukan perbuatan dosa lalu memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa tersebut lalu memohon keampunan dan seterusnya? 
"Hasan al-Basri menjawab "Syaitan sentiasa dan sangat berharap dia berjaya menggodai kamu. Oleh itu jangan kamu meninggalkan istighfar untuk selama2nya” 
sumber: IBNU JAMIL http://bahisulhaq.blogspot.com

Seperti yang disangkakan istighfar ni boleh dijadikan teman dan kawan yang paling setia dan mujarab ketika kita dalam kesusahan. Syaitan akan sentiasa menggoda, dengan istighfar inshaAllah kita akan sentiasa beringat tentang asal kita dan terselamat dari godaan musuh yang nyata itu. Dengan beristighfar, hati yang bergelora perlahan2 akan mencapai ketenangan. Hati yang bergetar kesedihan akan dipujuk oleh Yang Maha Lembut dengan meminta kemaafan kepadaNya atas hati yang lemah. Semoga kita sentiasa dapat membasahkan lidah kita dengan zikir dan istighfar. Salam Ramadhan.

Wassalam~ 

Saturday, August 14, 2010

terapi perut

Bismillahirrahmanirrahim~


promenganate yogurt ice cream..gulp..


gulp..gulp..


sejuknya


wanginya


sedapnya


manisnya


freshnya


cantiknya


comelnya


nawaitu soumaghadin an'ada'e fardhi ramadhana hazihissanati lillahi taala
selamat berpuasa semua
sekian..wassalam~

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kareem**

Assalamualaikum wbt,

Tag dari nurul ashikin,hehe..sori ye ckin..lmbat skit..

23 things about me..facts or myths:

1.saya seorang melayu-jawa yang x pandai ngomong jhowo
2.saya suka main basikal masa kecik2..pernah jatuh basikal..dan suka kayuh laju2 g sekolah..sbb dah lmbat
3.saya suka bermain dgn abg saya..tapi dye x suke bermain dgn saya..
4.sangat sayangkan mama n papa saya..tanpa mereka siapalah saya..
5.mahu pergi ke Tanah Suci bersama mereka..
6.bermain clarinet di sekolah menengah bersama syuhada hamdan aka ed..lagu feveret..Negaraku~
7.baru2 ini saya kerap bermimpi tentang SEMESTA dan Uniteenz0206..rinduuuuu sgt kot..
8.saya rasa sudah smpai masa utk saya membuat pelbagai keputusan besau dalam hidup..menakutkan!
9.seronok berpuasa
10.seronok menjual kaspersky sambil menolong rakan2..
11.seronok membaca dikala bosan..baca la ape2 pon asalkan baca..
12.seronok berjalan2 di utp..rasa kaki ni berguna dan berjasa..haha
13.seronok berjimat cermat sem ni..ikut kata senior..
14.rindu saudara2 trening ESQ..geng2 ATS..
15.berharap dapat tempat intern yang bagos..pray 4 me..
16.suka pergi ke pasar malam utk melihat baby2 y didukung/ditolak/dipegang oleh mak ayah mereka..mereka mmg inesen dan comel
17.suka makan mister potato yang kak long beli..
18.rasa nak pegi manch tgk izyan..jalan2..(tp skang dye kt msia..no point aku g sane...)
19.kebosanan bile rumet balik..pasang anime naruto supaya bising skit
20.x suka duduk sorang2 dalam masa yang lama..
21.mahu belajar berenang..kuak lentang dan kupu2..
22.suka hari hujan..tapi xnk kilat petir..
23.suka tgk awan..dan pokok=]

thats all..thank you
hehe..cam speach pulek.

selamat berpuasa dan minta maaf salah silap..
smg ramadhan kali ni memberi ketenangan, keampunan dan rahmat dari-Nya..
ameen=]

Wassalam~

Sunday, August 8, 2010

teater lebih sihat dari yang lain..

Assalamualaikum wbt,

Atas desakan dan sokongan yang padu dari seorang makhluk yang ingin dikejutkan (terkejut x?), update juga blog aku ni. Hampir terlupa aku ade blog bole x?heheh. Malam tadi aku dan kawan2 pergi ke MPH untuk menyaksikan teater terhebat di bumi UTP, 'Bedah'. Walaupun yang sebenarnya nak tengok monolog solo Doc Shak je, tapi tak kan bayar rm5 untuk tgk satu persembahan je sedangkan ade banyak lagi persembahan TTS mlm tu. Overall aku bole cakap, TTS memang best! Mula dengan mime yang bakal terbaek di dunia inshaAllah..hehe..buat masa ni yang terbaek di Malaysia dulu la kot sebab aku pon bukannya tgk sgt mime ni kan, tapi bakat korang memang boleh pergi jauh. Syabas2! Semua mime malam tadi memang menghiburkan. Tajuk2 mime tu ialah Sarkas, Hand, Baseball, Mencari Cinta, Bowling, The Spa, Director, Racing, dan Gelas Air. Bagi aku, semuanya best tapi yang paling lawak Mencari Cinta dan Director. Mencari Cinta ni sumpah lawak gile, lakonan Ashraf. Kene pulak dengan lagu Kristal, SMS mime beliau memang hiduplah. Director plak, lakonan Half. Yang ni pon x kurang hebatnya. Bole pulak panggil audience naik stage. Menggelabah sume orang dibuatnye.

Next ialah short teater dari tiga dara, bertajuk Ketupat Oh Ketupat.huhu..pandai sungguh korang berlakon..mmg menjadi la watak isteri2 dan janda yang membuat 'ketupat' tu..huhu..lakonan yang sangat menghiburkan dan jangan risau..mesej anda sampai..dah nak dekat puasa dan raya ni..x payahla kita nak buat 'ketupat' banyak2 kn..orang pon makan lemang jugak..bkn ketupat je..hehe..Seterusnya persembahan yang dinanti2kan..monolog Dr Shak! tajuknya 'Pondok Tok Ayah'.. yang ni aku xnak cite banyak2..korang kene tgk sendiri mlm ni kat MPH..cam biasa lakonan Doc Shak yang berjiwa seni ni memang mantap! Tatapan mata dia..pergh..menakutkan..rasa macam beliau nak tanya soalan wastewater plak kat situ..huhu..moral of the story monolog beliau ni banyak..korang kene tgk sendiri la and pikir sendiri nanti..haha..And lastly teater utama malam tersebut, "Bedah'. Bedah ni name orang tau..bukannya pembedahan k. teater ni pon aku xnk komen byk2..x bes la kalo korang dah tw cite kan..kalo nak tau gi la tgk mlm ni kat mph..tiket rm5 je..berbaloi2..rm5 untuk 2jam30minit kot..

Haa..lagi satu bila pergi tgk teater ni..aku rasa macam tok n moyang aku dulu2 yang pergi tengok hiburan kat luar..
"dulu2 mana ada tv radio atau internet..jadi hiburannya adalah wayang bergerak" tok aku cakap..
sebulan sekali ada la orang datang buat wayang..time tu la orang kampung nak berhibur..hiburan mcm ni lagi sihat..selain kita tengok sendiri lakonan live depan mata..mata kita sendiri lebih terjaga dari tgk cite2 omputih tu kan..haa..jgn buat2 x paham plak ye..
kat sini aku sedar yang dunia sekarang ni terlalu menyempitkan dan menyesakkan malah merosakkan manusia..
bumi yang menuju ke penghujungnya..
dan manusia masih leka bersamanya..
(tapi duniakah yang salah?)
tambatlah aku.. (dan hatiku menuju syurgaMu)
(quote from sajak 'Ikat Aku Di Sini' mlm tadi..aku ubah ayat tapi dalam maksud yang sama)

wassalam~