Thursday, November 18, 2010

beraya di perantauan =D



Assalamualaikum wbt,

First of all, selamat hari raya aidiladha aku ucapkan untuk semua umat Islam di seluruh dunia especially rakyat malaysia, di mana juga anda berada..haha..cam masuk tv plak speech aku ni..ni first time beraya jauh dari keluarga, baru tahu macam mana rasanya. tak sangka study kat UTP pon dapat merasa beraya jauh dari family..hoho..tapi bagus gak, baru dapat tgk macam mana kawan2 foreigner kita yang selalu kena raya kat sini sebab x dapat balik negara dorang..at least kali ni kami memeriahkan lagi suasana raya mereka..

pagi ni cam biasa la ada solat raya n khutbah raya..walaupun kami smpai agak lewat tapi yang penting dapat rasa suasana tu..hari ni tiada aktiviti korban kat UTP, kami buat hari esok lepas subuh..tapi still xd lemang ketupat..tu je lah yang membuatkan raya kat sini kurang lengkap..selain jauh ngan mak ayah..tapi alhamdulillah family aku datang hari ni..^__^..so dapatla kami serumah merasa nasi impit,lemang dan rendang dari rumah..tsk3..rasa sedih pun ade sebab orang lain makan kat rumah..tapi seronok jugak sebab dapat makan dengan kawan..perasaan bercampur baur..susah nak explain..cehs..

ok sempena hari raya aidiladha ni, apa kata aku share skit apa yang aku tau tentang sambutan yang diraikan seluruh umat Islam ni..kenapa hari ni dirayakan?tujuan sebenarnya adalah untuk menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim apabila mendapat perintah dari Allah S.W.T untuk mengorbankan anak yang sangat disayangi Baginda. apa pengajaran yang patut kita ambil ialah betapa yakinnya Baginda terhadap ketentuan dan perintah Allah. dan sesungguhnya keyakinan tu berlandaskan iman dan taqwa. nama lain raya ni juga ialah hari raya haji sebab umat Islam dari seluruh dunia juga pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji disana. dari segi ibadah haji pula, ia merupakan  simbolik dalam bentuk penonjolan diri,demonstrasi atau pengisytiharan yang menegakkan tauhid dengan keyakinan dan ketaqwaan.(sumber: al-azim,Info Haji) .ok,tu je la kot yang aku bole share.x berapa arif gak tntang bnde ni..tapi apa2 pun semoga kita mencontohi kecintaan Nabi Ibrahim terhadap Allah S.W.T. ni merupakan antara doa Nabi Ibrahim (sumber: surah Al-Baqarah ayat 126-128):

Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian.-126
Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.-127
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua (Ibrahim dan Ismail) orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.-128 

Maha suci Allah, setiap ibadah yang Allah tetapkan tu ada manfaatnya..bukan manfaat utk perkara lain melainkan untuk hamba-hambaNya juga.

Wassalam~

Tuesday, November 16, 2010

kawan2 minda positif!

Assalamualaikum wbt,

Masih saya terasa betapa terujanya bertemu dengan rakan2 minda positif! Terima kasih kawan2 yang sudi bertegur sapa memberi semangat. Anda semua telah menolak saya dari satu sempadan ke kawasan yang mempunyai sinar. Siapa saya dahulu x penting, yang penting saya yang sekarang kerana saya sekarang menentukan siapa saya esok dan masa hadapan. Kawan2 yang hebat menjadi penggerak dan pembakar semangat hari ini. Tanpa dorongan kalian, saya masih bingung..(yekeyekeyeke?) terima kasih kepada semua kerana mempercayai diri ini. InshaAllah, segala kebaikan datang dari Allah. Saya akan cuba buat yang terbaik. Terima kasih! Hidup minda positif!

Selamat menunaikan ibadah haji kepada umat islam yang berada di Mekah..dan selamat menunaikan ibadah qurban kepada yang berqurban. First paper untuk final akan bermula sekejap lagi. Semoga kali ni juga kejayaan menjadi milik kita. Amin.

Wassalam