Friday, September 11, 2015

checklist barang ibu ayah dan baby untuk ke wad bersalin

Bismillah

Assalamualaikum wbt,

Harini saya nak berkongsi tentang barang-barang persediaan untuk ke hospital pada hari bayi kita dilahirkan nanti. Hospital bag checklist for mom, dad and the newborn. List di bawah ini adalah list yang saya sediakan sebelum anak pertama kami, Umar lahir:

Mom's:
clothing
maternity and nursing pad 
toiletries, perfume
towel
kain batik
strap on binder/bengkung
disposable panties

Dad's:
clothing
toiletries
towel
camera, handphone, charger

Others:
Quran, sejadah
herbal oil/bio oil/losyen anugerah (wangi)
laundry bag, paper lama
water heater/thermos
RLT,tapis,cetong,gula,cawan
food and drinks - kurma, air zamzam, air selusuh
heat pack

Baby's:
Mittens & Booties
clothing
napkin cloth
baby's blanket
5 diapers (newborn)
towel, handkerchief
barut 
toiletries + baby oil, minyak telon, wet tissue
topi 
bantal baby
Baby Cotton Buds
Bekas isi uri


Ada penambahan yg perlu dan penting dalam list ini yg saya sedar setelah pengalaman pertama kami dahulu, iaitu:

1) perlunya membawa bengkung strap on sementara kita pulang ke rumah dari hospital. Perut ibu masih 'memboyot' setelah melahirkan baby, jadi sementara di hospital kita juga perlu untuk memastikan perut dan badan kita sentiasa kemas sebelum sampai di rumah dan memulakan sesi berpantang yg betul.

2) disposable panties bagi memudahkan suami atau sesiapa yg menjaga kita nanti di hospital.

3) herbal oil untuk memastikan kaki dan badan kita sentiasa selesa dan tidak terlalu sejuk dgn suhu di hospital nanti. jangan lupa bawa stokin tebal khas utk berpantang. losyen anugerah khas saya guna di bahagian perut sebelum memakai bengkung.

Mungkin ada yg tertanya tentang RLT yg saya bawa. sebenarnya saya minum RLT sebelum bersalin, untuk membantu rahim saya bekerja dgn bayi dalam kandungan. inshaa Allah nanti saya tulis satu post khas berkenaan RLT.

Dan ada juga barang2 yg tidak perlu dibawa untuk next hospital bag for our second baby nanti. Biasalah dulu xd pengalaman semua benda rasa nak bawak :)

Disebabkan gambar hospital bag xd. so kita bg gambar lepas shopping barang baby kat Mom's and Baby Expo Mid Valley 2014..mmg berbaloi-baloi..haha.

Sekian,
Semoga bermanfaat!



Tuesday, September 8, 2015

syukur

Bismillah,

Hari ini, umurku sudahpun menjangkau 25 tahun,
kalau ikut tahun Isalm, dah 26 tahun pun,
syukur alhamdulillah,

Dah selamat habis belajar umur 22 tahun,
kemudian diberi pintu rezeki dari Allah
untuk mendapatkan rezeki di kuala lumpur, dekat dgn keluarga,
syukur alhamdulillah,

Selamat dinikahkan oleh papa dgn lelaki yg aku sayang,
kini suamiku Farhan Iqbal,
syukur alhamdulillah,

Dikurniakan keluarga suamiku yg baik dan mesra,
Ibu bapa mertua yg baik dan santun,
Syukur alhamdulillah,

Setahun kemudian dikurniakan cahaya mata sulung,
penyejuk mata dan peneman setia,Umar al-Hadi,
syukur alhamdulillah,

Soon, inshaa Allah,
seorang lagi penyejuk mata ibu dan walid bakal melengkapi
keluarga kita, inshaa Allah,
syukur alhamdulillah,

apakah yang aku masih lalaikan lagi di dunia ini?
astaghfirullah,
nikmat mana lagi yg ingin aku dustakan?
astaghfirullah,
jgn sampai kufur nikmat,
na'uzubillah

satu yg kuharapkan,
agar aku dapat mendekati majlis ilmu,
merapati ulama',
kerana terlalu byk ilmu Islam yg masih lompong dlm diri ini,
takut, apa yg akan aku ajarkan dan sampaikan pada anak cucuku nanti,
tidak cukup buat mereka,
sekurangnya, asas yg kukuh mereka perlu ada,

bantu kami ya Rabb..
namun aku tetap bersyukur kepadamu,
Alhamdulillah :)

Tuesday, September 1, 2015

syurga di bawah tapak kakimu ibu ayahku

Bismillahirrahmanirrahim,

Ibu, mama, ummi, emak,
engkaulah yang paling memahami kami,
engkalulah yang paling banyak berkorban utk kami,
sejak dari kami wujud di dalam rahimmu,
sejak dari kami membesar dalam rahimmu,
kami mendengar dan merasai setiap apa yg kau rasa bersama2 dalam tubuhmu,
kau bawa kami kemana-mana kau pergi,
selama sembilan bulan sepuluh hari malah ada yang lebih lama dari itu,
betapa sabar dan tabah menahan sakit2 sendi dan muatan yg bertambah,
namum tetap sabar dan senyum apabila 'melihat aku' yang masih di dalam kandunganmu.

Saat aku sudah ingin melihat dunia,
kau yang menanggung sakitnya itu,
kau yang berusaha sedaya upaya membantu aku melalui laluan rahimmu
menuju ruang yang membawa aku ke dunia luar,
bertemumu dan juga ayahku, serta adik beradikku dan saudara mara,
betapa sakit yang kau rasa,
hanya kau dan Allah yang tahu,
kami hanya mampu mendengar cerita itu,
cerita pengorbanan seorang ibu.

Bermulalah episod berpantang utk mebaiki semula tubuhmu,
tubuhmu yang berputus urat, berpatah tulang mengeluarkan aku dan uri'ku'
dan disinilah peranan ayahku yang sangat ku terharu,
penuh bertanggungjawab membantu melayani ibuku dan aku yang baru lahir kedunia ini
bukan sekadar itu, adik beradikku juga x terabai olehnya.

Walid, papa, bak, ayah, abah,
pengorbananmu sering jarang disebut,
namum tanpamu,
siapalah kami, apalah daya kami dan ibu,
x tertanggung semua oleh kami semata2,
melainkan engkaulah yang menggerakkan dan mengepalai kami semua,
sungguh kami sangat terhutang budi pada pengorbananmu
yang sangat tabah, sabar mencari sesuap nasi rezeki halal
untuk kami meneruskan hidup ini,
Ya Rabbi, sungguh besar pengorbanan mereka ya Allah.



Allah, kasihanilah kedua org tuaku,
sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil
masih x berdaya, masih x mengenal dunia dan erti kata pengorbanan dan tanggungjawab.
Ya Rabbi, ampunilah dosa2 mereka sedari mereka masih kecil,
sepertimana kecilnya kami dari dalam tanggungan dan jagaan mereka,
sehinggalah hari tua mereka ke hujung nyawa mereka,
hapuskanlah dosa2 mereka,
berikanlah kebaikan dan pahala yang berganda2
atas setiap kebaikan yang mereka curahkan kepada kami,
dengan penuh kasih sayang dan rasa x berbelah bahagi mereka ke atas kami,
dengan penuh kesabaran dan ketabahan atas setiap kerenah dan sikap kami anak anak mereka
dalam mencari2 erti hidup, yang kadang kala tidak tertanggung oleh mereka,
berkati mereka Ya Allah,
ampuni mereka Ya Tawwab,
kasihi mereka ya Rahim,
rahmati mereka Ya Rahman.

Amin,