Tuesday, September 8, 2015

syukur

Bismillah,

Hari ini, umurku sudahpun menjangkau 25 tahun,
kalau ikut tahun Isalm, dah 26 tahun pun,
syukur alhamdulillah,

Dah selamat habis belajar umur 22 tahun,
kemudian diberi pintu rezeki dari Allah
untuk mendapatkan rezeki di kuala lumpur, dekat dgn keluarga,
syukur alhamdulillah,

Selamat dinikahkan oleh papa dgn lelaki yg aku sayang,
kini suamiku Farhan Iqbal,
syukur alhamdulillah,

Dikurniakan keluarga suamiku yg baik dan mesra,
Ibu bapa mertua yg baik dan santun,
Syukur alhamdulillah,

Setahun kemudian dikurniakan cahaya mata sulung,
penyejuk mata dan peneman setia,Umar al-Hadi,
syukur alhamdulillah,

Soon, inshaa Allah,
seorang lagi penyejuk mata ibu dan walid bakal melengkapi
keluarga kita, inshaa Allah,
syukur alhamdulillah,

apakah yang aku masih lalaikan lagi di dunia ini?
astaghfirullah,
nikmat mana lagi yg ingin aku dustakan?
astaghfirullah,
jgn sampai kufur nikmat,
na'uzubillah

satu yg kuharapkan,
agar aku dapat mendekati majlis ilmu,
merapati ulama',
kerana terlalu byk ilmu Islam yg masih lompong dlm diri ini,
takut, apa yg akan aku ajarkan dan sampaikan pada anak cucuku nanti,
tidak cukup buat mereka,
sekurangnya, asas yg kukuh mereka perlu ada,

bantu kami ya Rabb..
namun aku tetap bersyukur kepadamu,
Alhamdulillah :)